Asma'ul Husna: 99 Nama-Nama Allah
Publisher,Al-Hidayah Publication
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Sudah terbukti 99 nama Allah SWT penuh dengan kalimah yang agong dan boleh mempengaruhi kehidupan seseorang. Apatah lagi dengan menyebut nama-nama Allah, juga dinamakan 'Asma Allah' itu terkandung pelbagai khasiat dan kelebihan bagi pengamal-pengamalnya.
Tulisan yang telah disempurnakan oleh pengarang buku ini, mengajak kita mendekati lagi makna dan tafsiran yang terdapat di dalam kalimah 'Asma Allah'. Bukan saja nama-nama Allah SWT diulit dengan seribu malah jutaan kesenian serta keindahan ertinya menggambarkan bahawa Dia penentu segala kehidupan di atas muka bumi ini.
Menghayati dan mengamalkan 'Asma Allah' ini bukan untuk mendapatkan kelebihannya semata-mata, tetapi yang terpenting ialah merasakan sifat kesempurnaan dan kemuliaan Allah SWT itu tersemai di dalam jiwa kita. Sifat Allah SWT itu kita bawa kemana-mana, malah dapat diterjemahkan melalui lisanul hal kita. lni sebenarnya tuntutan dan natujah apabila 'Asma' Allah SWT ini telah menjadi amalan di dalam mengharungi hidup sehari-hari. Moga-moga dan dengan izin Allah SWT risalah ini dapat memberi pedoman yang amat berharga di dalam menyempurnakan hidup ini sebagai hamba Allah.