Asrama
Publisher,Buku Fixi
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 340 g
No. of Pages,
Dahlia, hati-hati dengan ASRAMA ni.” Maria tiba-tiba merendahkan suaranya sambil menatap roman Dahlia.
“Kalau takat kau nak ingatkan aku pasal geng Queen yang macam syaitan tu, tak payah la.” Dahlia kurang senang dengan amaran Maria itu.
“Tak, maksud aku…”
Belum sempat Maria menghabiskan ayatnya, Dahlia meningkah. “Kau tengok aje nanti. Lambat ke, cepat ke, akan ada orang yang membalas perbuatan dorang semua tu nanti!” Dahlia bersuara dengan geram.
“Orang kita boleh lawan, tapi kalau yang lain payah sikit.” Maria membidas sambil mengambil daun-daun kecil di hadapannya.
Percakapan Maria membuatkan bulu roma Dahlia mengejut berdiri. “Kau ni, kalau tak cakap benda-benda pelik boleh?” kata Dahlia.
“Bagus la kalau kau faham maksud aku.” Maria senyum memandang Dahlia.
Salah satu buku cerita seram yg sy suka..kisah seorang pelajar cemerlang bernama Dahlia yg ingin bertukar ke sekolah biasa wlaupun pada mulanye di halang ayahnye..dia ditempatkan di bangunan asrama lama bersama 3 org rakan sebilik..di awal kemasukan dia di asrama itu pelbagai perkara pelik yg dialaminye..tapi disebabkan dia pelajar baru dia tidak menghiraukan semua hal itu..menganggap semua tu perkara biasa saje..cerita dia ni cerita dlm cerita..makin di baca makin bnyak persoalan yg menjadi tanda tanya..tapi ending dia buat kite termenung seketika..rupe2 nye semua tu roh2 pelajar yg tidak tenang..siapakah mereka?? so kenala baca yer..