Attraction
Publisher,Fajar Pakeer
Publication Date,
Format, Paperback
Weight,
No. of Pages,
Shelf: Mutiara Minda / Novel / Cinta
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
Kapsyen: One night can
be the end and the beginning of a story.
Blurb:
Magisnya satu rasa menyentuh hingga ke nadi. Magisnya satu
malam membawa sepasang jiwa bertemu. Tanpa mengenali diri sang jejaka, gadis
itu terbuai oleh perasaan. Hanya pandangan mata helang itu memukau dan sulit
dilupakan.
Benar, pandangannya seringkali memaku wanita. Dia mampu
mencairkan patela dan humerus wanita agar jatuh dalam dakapannya. Namun, dia
ada satu prinsip bahawa dia tidak akan sesekali menyentuh seseorang. Tidak akan
berlaku dalam hidupnya!
Tapi, kerana satu malam itu, pandangan helangnya terkunci
pada tubuh genit yang begitu rancak di lantai tari.
“Who are you?” - Edward Cosway
“I’m your ecstasy.”- Emily Tobias
Emily bukan gadis liar tapi hanya seorang yang mendambakan
kasih. Dia dilahirkan dalam keluarga yang rapuh. Kasih sayang merupakan
satu-satunya perkara dia dambakan. Setelah bertemu Edward, segalanya semakin porak-peranda
bagi Emily. Dia keliru sama ada bertemu dengan Edward mampu membaiki hidupnya
atau sebenarnya semakin menghancurkan.
Tapi, kenapa Edward sering hadir dengan tawaran yang dia
tidak mampu tolak?
“Untuk berjaya, kau harus bijak mengambil peluang, Emily.” -
Edward Cosway
“Walaupun peluang itu datang daripada awak?” – Emily Tobias
Bagi Edward, apa yang dimahukan akan sentiasa dimiliki. Salah
Emily jika ingin lari daripadanya. Walaupun saat mula berganti tahun, Edward
pasti akan miliki apa yang dia mahu. Tiada siapa mampu menghalang.
Namun, bagi Emlly, semuanya semakin berantakan apabila dia
mula mengenali diri Edward. Dia inginkan lelaki itu, namun dia juga ingin
menjauh. Tanpa sedar, tarikan magnet antara mereka menjadi caj negatif yang
mematikan.
Siapa sebenarnya Edward? Adakah lelaki itu datang untuk
menyelamatkan dia atau sekadar singgah untuk menanam duri di kalbu?
Bolehkah ungkapan love at first sight diguna sedang rasa
mendorong pada gelora?
Benarkah sentuhan pertama menjadi satu-satunya ekstasi yang
menjurus jiwa kepada gila?
“Kisah kau belum tamat tapi kisah kau baru bermula.”