Auni Abdullah & Ketamadunan Islam Alam Melayu
Publisher,Firdaus Press Publications
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 400 g
No. of Pages, 187
Objektif penulisan buku ini bkan setakat mengangkat pemikiran Auni Abdullah ke permukaan tetapi juga mengetengahkan buah fikiran tokoh ini dengan lebih sistematik dalam memastikan hasil kearifan lokal intelektualisme terus disegarkan bagi tujuan praktik dalam badan kerajaan dan amalan masyarakat.
Adalah diharapkan daripada pembacaan buku ini, pembaca menemukan adanya kesudahan sketsa mengenai tokoh ini yang dilengkapkan dengan tiga coretan penting.
Pertama: Berkaitan dengan tradisi “belajar sendirian”.
Kedua: Berkaitan dengan hal ilmu politik dan pengurusan Islam.
Ketiga: Berkaitan dengan kemampuan tokoh ini mengupas mengenai isu tasawwuf.
Jika sememangnya ada satu ayat yang boleh dan dapat memberi refleksi tentang tokoh ini, mungkin ayat berikut adalah ayatnya. “Hanya orang Islam sahaja yang boleh faham apa itu Islam, dan hanya Melayu Islam sahaja yang asli gagasan pemberdayaan tamadun Islam Melayunya dan Auni Abdullah adalah antara orang ini.