Aura Luf

ISBN: 9789838222112
Checking local availability
RM28.00
Product Details

Publisher,FAJAR PAKEER
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Slapped by the truth or kissed by the lies? Orang lain tidak akan tahu sesakit apa yang sedang menghentam dada kita kerana di luarannya kita nampak hidup dengan sangat baik di dalam kesempurnaan yang indah.Itulah apa yang sedang dilalui oleh Luf Gabriel dan Aura Iman Thania.Aura nekad mahu mencari tahu kisah sebenar di sebalik gahnya nama keluarganya. Dari Rusia ke Malaysia, Aura cuba menguatkan hatinya yang seringkali rapuh itu untuk membela nasib si ibu.Setiap pertemuan pasti ada sebabnya bukan? Siapa sangka, di dalam perjalanannya Aura bertembung pula dengan jejaka misteri bernama Luf Gabriel.

“Oh, by the way… nice legs, Versace girl.” – Luf Gabriel

Entah sengaja dirancang atau memang kebetulan, Luf Gabriel seolah-olah sentiasa ada di saat-saat sukar perjalanan Aura. Namun personalitinya yang sentiasa berubah-ubah itu membuatkan Aura semakin curiga. Malah Luf menjadikannya tawanan pula!

“Awak nak culik saya ke apa hah, Luf?” – Aura

Ya. Luf menjadikan Aura tawanan kerana mahu membalas dendam tapi semakin lama dia menghabiskan masa bersama-sama dengan Aura, bara dendamnya semakin terpadam. Dari rasa ingin memusnahkan gadis itu, ianya bertukar menjadi satu rasa ingin melindungi dan mengasihi.

“Kau tak takut dengan aku?” – Luf Gabriel

“Saya tak pernah rasa selamat seperti ini, Luf.” - Aura Iman Thania

Namun, saat hati sudah dipenuhi dengan rasa cinta, realiti menampar mereka berdua.

Di antara dendam dan cinta, pihak mana yang akan diberikan kemenangan?

Benarkah kesempatan kedua itu patut diberikan walaupun teruk hati dilukai dan jika benar, apakah kesempatan yang patut diberikan?

Di saat dia jatuh tersungkur dan di dalam kepayahan untuk bangkit semula, ada pula tangan yang menghulur membuatkan kisah mereka semakin mencabar.

 

Customer Reviews

Be the first to write a review
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)