Aurora
Author: Azura Rasiddin
ISBN: 9789672321286
Checking local availability
Title
RM32.00
Publisher,PENULISAN2U
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Menggapai Fantasi, Dihampar Realiti Aurora. Gadis berusia dua puluh tahun yang mempunyai impian dan fantasi untuk menemui cinta sejati seperti papa dan mamanya. Namanya diberi sempena lambang cinta papa dan mamanya yang bertemu di bawah langit aurora. Eidlan. Anak jiran sebelah rumah. Kembar kepada kawan baik Aurora. Kali pertama bertemu sewaktu mereka berusia dua belas tahun, hati Aurora sudah terpaut. Namun segalanya berubah apabila dia kenal siapa Eid yang sebenarnya. I hate him. Itu fakta. I despise him. Ini juga fakta. – Aurora “Tapi aku tak pernah anggap kau musuh aku. Aku tak pernah benci kau.” - Eid Saat Eid hulur kemaafan dan ingin berdamai, Aurora ikut aje. Follow the flow. Tanpa dia sedar, dia semakin rapat dengan Eid. Terlalu banyak memori ‘first time’ yang mereka cipta bersama. Namun, mereka kembali menjauh bila Aurora mula mengenali Ariff. Crush dia di library. “Aurora tak datang pun, bro. Dah dua jam kau tunggu. Dia tak akan datang punya. Terima ajelah kau dah kalah. Kau tak berjaya nak tackle dia. Hmmm… Aku ingat kau akan berjaya buat dia jatuh hati kat kau. Tapi rupanya tak.” - Fakri Bila Aurora tahu Eid berbaik dengannya hanyalah demi pertaruhan Eid bersama kawan-kawannya, hati Aurora terluka. Segala memori indahnya bersama Eid adalah dusta. Hanyalah sebuah lakonan untuk mempermainkan hati dan perasaannya. “Aku tak sangka kau sejahat ni. I hate you Eid. Jangan berani muncul depan aku lagi.” – Aurora Kerana luka yang ditinggalkan itu, Aurora baru sedar akan perasaan sebenarnya. Hatinya masih menyayangi Eid. Tapi kenapa Eid tergamak menghancurkan hatinya? Kenapa lelaki itu kejam dengannya? “Kenapa Aur tak boleh nak ada kisah cinta yang indah macam papa dan mama?” “You will… one day.” Persoalannya, adakah detik bahagia itu akan muncul dalam hidup Aurora? Bisakah Aurora menggapai fantasinya? Berjayakah Aurora mendapatkan cinta sejati yang dia impikan?