Awak Sudi Tak?
Publisher,Buku Prima
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Cahaya Iris memperlekehkan cinta kerana marahkan ayahnya yang mempunyai tiga orang isteri. Ilham Kausar pula obses dengan cinta sehingga sanggup menamatkan riwayat hidup sendiri. Pertemuan pertama mereka tercetus sewaktu Cahaya yang baru kematian ibu kandungnya, menyelamatkan Ilham kerana menyangka lelaki itu lemas. Apabila mengetahui yang Ilham cuba membunuh diri, Cahaya berang dan terus melangkah pergi tanpa menyedari yang dia telah tertinggal diarinya. Setahun selepas insiden itu, Cahaya merayu untuk tinggal bersama datuknya di Kyushu kerana tidak tahan diseksa ibu tirinya, Latifah. Cahaya pulang untuk memungut memori lamanya bersama arwah ibunya, Masaki selepas sepuluh tahun menetap di kota matahari terbit. Keadaan memaksa Cahaya membantu adik tirinya, Anees dan mendekatkan dia dengan adik-adik tirinya yang lain. Dalam masa yang sama, dia dipertemukan kembali dengan Ilham yang kini sudah bergelar seorang doktor. Ilham cuba menyunting Cahaya untuk menjadi suri hidupnya tetapi ditolak mentah-mentah. Sifat tidak mudah mengalah Ilham mencetuskan pelbagai adegan lucu dalam hidup Cahaya. Mampukah Cahaya mencantumkan kembali keluarganya yang berpecah-belah dan saling membenci? Mampukah dia percaya pada cinta semula?