Babby Batrisya

ISBN: 9789674691981
Checking local availability
RM30.00
Product Details

Publisher,Karyaseni
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Sebaik sahaja urusan pengebumian Anuar selesai, Aisyah memperdaya Trisya ke sebuah masjid dan meninggalkan adiknya yang berusia lima tahun itu di situ. Seorang wanita mencecah usia emas yang dikenali sebagai Tok Wan menawarkan diri untuk menghantar Trisya pulang. Malangnya, mereka telah terdengar pertengkaran di antara Mahani dan Aisyah. Dari situ, mereka mendapat tahu bahawa Trisya adalah anak luar nikah di antara ibu dengan lelaki yang bukan ayahnya. Datin Paduka Dahlia yang juga Tok Wan itu membuat keputusan untuk menjadikan Trisya sebagai cucu angkatnya sekaligus membuatkan Trisya dibenci hebat oleh kaum-kerabat Ungku Omar (suami kepada Tok Wan). Kerana kasih sayang yang menggunung kepada Trisya, Tok Wan telah menubuhkan sebuah syarikat yang dinamakan TrisyaBeauty dan menghadiahkannya kepada cucu kesayangannya itu. Niatnya untuk menamakan Trisya sebagai pemegang kepada 50% saham Maju Desa Development Group Berhad, sebuah syarikat yang dimiliki oleh dia dan almarhum suami telah menyebabkan semua anak menantu berpakat membunuhnya dengan cara menghantar santau. Demi mengelakkan perbuatan keji itu diketahui, mereka telah memecat semua pembantu rumah Tok Wan. Tanpa mereka sedar, rahsia mereka itu telah diketahui oleh Trisya. Trisya menanam dendam. Dia merencana agenda untuk memusnahkan kehidupan anak menantu Tok Wan selari dengan kejahatan yang telah mereka lakukan.

Customer Reviews

Be the first to write a review
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)