Bahagia Berganda

ISBN: 9789830976204
Checking local availability
RM25.00
Product Details

Publisher,Galeri Ilmu
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 500 g
No. of Pages,

Kebahagiaan itu mendamaikan, datangnya berbeza arah.
Moga ada manfaat, ingatlah Allah sentiasa.
 
Buku BAHAGIA BERGANDA ini merupakan tulisan bersama Prof. Muhd Kamil Ibrahim dan Dato' Mohd Zaini Ariff dan ini bermakna sudah empat judul yang dihasilkan bersama, bermula dengan Ilmu Kehidupan, Usahawan Akhirat, Merenung Diri dan kini buku yang sedang anda tatap.
 
Mereka putuskan untuk menulis sesuatu berbeza agar ia menjadi pelengkap kepada yang terdahulu. Buku ini hasil persetujuaan dua penulis ini untuk menulis bertemakan kebahagiaan mengikut pengalaman yang telah mereka tempuhi dahulu dan sekarang. Pengalaman sentiasa seiring dengan kehidupan dan rasa bahagia. Sering sahaja apa yang  rasa di hati datangnya berulang-ulang dan ia sememangnya begitu. Sekadar contoh, rasa bahagia terasa hasil gabungan pelbagai sebab. Ia datang dan pergi. Jika menulis buku itu satu kebahagiaan, maka ia hanya akan jadi kenangan jika tiada buku baharu diterbitkan.
 
Namun, sebagai penulis mereka sedar bahawa kegembiraan itu sangat kecil dan bersifat sementara. Ini kerana manusia itu akan tetap menghadapi pelbagai ujian dan cabaran sepanjang kehidupan.  Sampai masanya kegembiraan terdahulu  menyusut atau hilang dan berlalu pantas. 
 
Prof. Muhd Kamil Ibrahim dan Dato' Mohd Zaini Ariff  mahukan sesuatu yang lebih baik dan bersifat kekal, inginkan kebahagiaan yang menjadikan dada berasa lapang selapang-lapangnya dan mahu jiwa tenang tenteram sebagai persediaan menemui DIA dengan hati yang damai. Maka, ‘Ingat Allah Sentiasa', frasa yang disemat kukuh dalam sanubari mereka berdua kerana bagi kedua-duanya dengan mengingati Allah, ia merupakan kunci kebahagiaan di dunia dan akhirat.  Sebagaimana yang sering dinyata, dunia ini hanya seketika tetapi syurga itulah kebahagiaan sejati.
 
Buku BAHAGIA BERGANDA ini mereka hulurkan dengan harapan ia menjadi ilmu bermanfaat selain berdoa dan selalu merayu kepada-Nya agar ia menjadi penyebab besar untuk mereka terus bahagia pada hari penghakiman nanti.

 

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)