Banyak Sedekah Menjadikan Hidup Lebih Berkat
Publisher,Kemilau Publika
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Agama tidak hanya untuk kesejahteraan hidup sesudah mati. Gambaran-gambaran taman syurgawi yang indah dan menakjubkan, bukan bererti menjadikan kita "Sibuk mengurus diri sendiri" dengan tidak mempedulikan nasib orang-orang yang tidak bernasib baik secara kewangan. Bahkan, mengurus orang-orang telantar sakit dan kaum pinggiran, adalah jambatan untuk memperoleh syurga Allah swt.
Membela orang miskin dan mereka yang susah, adalah perintah agama. Ketika Allah berbicara tentang mata air syurga dan gelas yang isinya minuman kafur, yang dihadiahkan-Nya kepada penghuni syurga, ia menjelaskan tindakan mereka di dunia. Allah hadiahkan kesemua itu kerana, "Dahulu mereka gemar memberi makan orang miskin, anak yatim dan para tawanan." (Al-Insan [76]:8).
Pro-orang miskin tidak hanya ketika ekonomi kita baik dan menjadi kaya raya saja; namun ia juga berlaku ketika keadaan kita susah. Maksudnya, walaupun kita sedang susah; kita diminta untuk tetap peduli terhadap orang miskin dan orang-orang yang kurang beruntung itu. “Kita sendiri susah, mengapa harus membantu orang lain?, begitu fikiran yang sering mengotori kita. Rupanya kita wajar berfikir berulang kali. Jika kita susah, bukankah masih ada orang yang lebih susah dari kita.
Keindahan taman syurgawi yang Allah swt berikan kepada mereka yang pro-orang miskin; adalah bagi mereka yang betul-betul melakukannya secara ikhlas. Mereka lakukan tanpa ingin disanjung. Tidak ada motif lain disebalik itu. Tidak ada motif politik, ekonomi, atau prestij, kehormatan diri dan ‘Politik pencitraan'. Kesemuanya dilakukan semata-mata ikhlas kerana Allah swt.