Bau Semangat Anak Muda

ISBN: 9789671158500
Checking local availability
RM20.00
Product Details

Publisher,Lejen Press
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 400 g
No. of Pages,

Novel ini mengisahkan seorang anak muda, yang bernama Nizam, semasa hidup kecilnya bertemu dengan seorang brader grunge yang menggelarkan dirinya sebagai Dave, sempena nama pemain dram Nirvana, Dave Grohl (walhal nama sebenar Daud).

Nizam mengenali Nirvana dari awal hidupnya, dan dari situ beliau mengenali band-band grunge yang lain, tetapi persekitaran yang konservatif membataskan minat beliau untuk muzik ini. Pada akhirnya, beliau berjumpa dengan Hafiz, kawan satu sekolah yang kemudiannya menjadi sahabat baik, dan pada hari Kurt Cobain mengacukan senapang patah, harapan Nizam untuk menjadi rock star dipendam dalam-dalam.

Lima tahun kemudian, Nizam bertemu dengan Hafiz, yang mempunyai rock band, lalu berkenalan dengan gitaris yang hidupnya misteri, Azlam. Azlam, selain mengajar muzik, dia juga mengajar erti kehidupan kepada Nizam. Satu peristiwa yang berlaku yang mengubah segalanya. Sekali lagi hasrat Nizam terpadam.

Sepuluh tahun selepas itu, sekali lagi mereka bertemu semula, kali ini mendapat jemputan bidan terjun untuk perform gig, apakah impian Nizam untuk jadi rock star akan setakat itu sahaja? Atau ini hanya permulaan semata-mata?

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)