Bawa Cinta Kita ke Syurga
Publisher,Iman Publication
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Tetapi, cinta semata-mata tidak cukup untuk mempertahankan keharmonian sesebuah rumah tangga, terutamanya apabila pasangan sudah jemu dan mula berubah.
Maka, adakah kita sudah tersilap memilih pasangan?
Haruskah rumah tangga berakhir dengan hilangnya cinta?
Buku ini mengajak kita untuk membetulkan sikap dan cara pandang terhadap perkahwinan dimana matlamat utamanya adalah menuju Allah S.W.T.
Penulis memberi nasihat bagaimana kita harus mengemudi bahtera sehingga akhirnya, kita mencapai matlamat perkahwinan yang sering disebut-sebut itu: SYURGA.
Sangat bagus untuk dibaca oleh pasangan yang baharu kahwin, dah lama kahwin mahupun yang bakal berkahwin. Terlalu banyak mutiara berharga yang boleh dijadikan panduan di dalam melayari bahtera rumah tangga.. ❤️❤️
BAWA CINTA KITA KE SYURGA
Sebuah buku tentang cinta yang sarat dengan ilmu rumahtangga. Buku ini dimulai dengan bab yang bertajuk "Seorang Suami Bernama Muhammad SAW" menunjukkan bahawa Rasulullah merupakan contoh yang terbaik dan utama buat para suami pada zaman ini. Ustaz Pahrol yang membawa setiap pasangan untuk memahami kembali tujuan asal perkahwinan, kemudian barulah cara untuk mengemudi perkahwinan yang diredhai Allah.
Sangat Disarankan
Buku ini sesuai untuk pasangan yang ingin mendirikan berumah tangga. mengajak kita untuk membetulkan sikap dan cara pandang terhadap perkahwinan dimana matlamat utamanya adalah menuju Allah S.W.T. Penulis juga memberi tips dan contoh yang bersesuaian menjadikan setiap perkara yang disampaikan mudah difahami. Ia juga sesuai untuk bacaan orang bujang atau pasangan yang sudah berkahwin. Boleh dapatkan di pasaran untuk tahu tips dan panduan berguna. Bagus sangat.