Bayu Aweera
Publisher,KASEH ARIES PUB.
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Bayu Aweera. Lelaki yang terlalu setia dengan cintanya, penyayang serta bertanggungjawab. Namun, cintanya dinodai hingga menyebabkan dia berubah menjadi seorang yang kasar, ego serta pendendam.
"Kau pergi di saat aku sedang meletakkan dirimu di tangga yang teratas dalam hatiku. Kini kau kembali untuk menjadi yang teratas dalam tembok kebencianku." - Bayu Aweera
Cempaka Sari. Demi kasihnya kepada kakak kandung sendiri, dia terpaksa menyakiti hati insan yang paling dicintainya. Bertahun dia membawa diri bersama dengan cinta yang tak pernah terhakis dari hatinya.
"Memang saya yang pergi tinggalkan awak, tapi saya tak pernah menduakan cinta kita.” - Cempaka Sari
Tiga tahun berlalu, mereka ditemukan kembali. Namun tiada lagi yang indah di antara mereka. Bagi Bayu, Cempaka tidak layak untuk dikasihani dan dicintai.
“Kau jangan nak perasan lebihlah. Gelaran isteri itu tak bermakna apa-apa pun untuk aku nanti.” - Bayu Aweera
“Awak memang kejam.” – Cempaka Sari
Hanya kerana hasutan dan fitnah, kesetiaan dan kepercayaan Cempaka diuji lagi. Kali ini hatinya benar-benar terluka dan kecewa. Namun, saat kebenaran terbongkar, masihkah ada kemaafan buat Bayu walaupun lelaki itu melutut dan merayu? Masihkah ada sisa cinta buat lelaki itu? Dan apakah sebenarnya hubungan antara Sonia dengan Bayu?
Andai benar tiada cinta, kenapa hati mesti menangis bila terpaksa menyakiti?
Tajuk novel ini diambil sempena nama watak utama novel ini iaitu Bayu Aweera. Bayu ini wataknya digambarkan seorang yang setia dengan cinta tetapi berubah menjadi egois apabila cintanya dinodai. Pada saya, novel ini mempunyai jalan cerita yang menarik dan juga penuh emosi.
Tenang tanpa masalah berat. Tak berserabut. Tak kacau fikiran. Senang dicerna. Predictable. Adegan manis2 yang berlebih2. Handsome & Beautiful. Tidak gedek. Badan cantik menawan😍. THANIAH I LOVE IT