Be Yours Again

ISBN: 9789838222303
Checking local availability
RM25.00
Product Details

Publisher,FAJAR PAKEER
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Untuk kali terakhirnya, aku ingin menjadi milikmu lagi. Rasa sakit yang terdalam adalah melepaskan seseorang yang belum benar-benar kita ikhlaskan. Tujuh tahun ingin cuba melupakan. Tujuh tahun inginkan kemaafan dan peluang. Tujuh tahun juga masing-masing menyimpan rahsia besar. Jujurlah jika tiada rasa, jangan menyimpan terlalu lama sehingga menoktahkan waktu. "Kalau ianya tentang perasaan awak pada saya, itu masalah awak! Tak ada kena mengena dengan saya!" — Alyra Safia "Beri saya peluang untuk tebus kesalahan saya pada awak. Takkanlah tak ada langsung ruang untuk saya dalam hati awak?" — Zaim Firdaus Andai dirinya tidak dikhianati, tak mungkin Alyra membawa diri jauh untuk merawat luka dan sudah tentu Zaim Firdaus tidak perlu menunggu tujuh tahun untuk mendapatkan gadis itu semula. Bagi Alyra, andai tiada 'dia' di antara mereka, sudah tentu mereka bahagia. “Kau ada nampak Zaim tu melekat dengan aku ke? Tak ada kan? Dia ada dekat luar tu, kau pergilah kutip dia heret ke rumah tok kadi.” – Alyra Safia “Saya cuma tak nak bergaduh dengan Lyra. Mungkin sepanjang kita dekat sini, kita boleh jadi kawan. " — Zaim Firdaus Saat tirai kesumat terungkap, rahsia turut membiaskan cahayanya. Dendam darah dibayar darah, nyawa juga perlu dipertaruhkan. Rasa cinta yang sudah bernanah kembali pudar selepas mengetahui segalanya. Di mana silapnya Zaim, di mana benarnya Alyra sehingga ego membunuh satu per satu jiwa mereka? Untuk kali terakhir, apakah takdir memilih mereka untuk tidak pernah menyatu? Trauma, terluka adalah sifat manusia yang jatuh hati. Bagaimana pun kesetiaan seseorang itu, rasa curiga pasti akan muncul. Meskipun begitu, tetaplah rasa cinta yang tersisa itu kekal dibaja agar dapat dinobat pada semesta. "For the last time, I just wanna be yours again."

Customer Reviews

Be the first to write a review
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)