
Bebas Palestin : Pertahankan Al-Aqsa!
Publisher,Ana Muslim Sdn Bhd
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 300 g
No. of Pages, 160
Shelf: MUTIARA MINDA / CHILDREN MALAY READERS / MALAY READERS
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
Bumi Palestin Berdarah Lagi
Semboyan perang mula bergema. Anak-anak Palestin dibunuh tanpa simpati. Pohon-pohon zaitun dimusnahkan sesuka hati. Haiwan-haiwan dibiarkan mati. Inilah nasib yang dihadapi rakyat di Palestin sejak lebih 75 tahun lalu.
Mereka tidak pernah sunyi dengan pembantaian, pembunuhan, rampasan rumah dan tanah daripada penjajah Zionis Israel. Hidup di dalam penjara terbesar dunia ibarat menutup semua pintu untuk mereka menghirup udara di tanah air mereka sendiri. Rintihan mereka ibarat tiada siapa yang peduli. Tangisan dan air mata disapu sendiri. Kini, adakah dunia mahu berdiam diri lagi?
Bumi Palestin adalah permata bagi umat Islam seluruhnya. Bumi yang penuh keberkatan dan pernah didoakan oleh Rasulullah SAW ini perlu sama-sama kita pertahankan. Apakah keistimewaan bumi Palestin ini? Mengapa ia menjadi rebutan? Dan, mengapakah umat Islam tidak boleh bersatu untuk mempertahankannya?
Jom, hayati dan fahami isu di Palestin ini!