Belajar dari Perang Khaibar: Strategi Nabi Menentang Yahudi

ISBN: 9789673610075
Checking local availability
RM16.90
Product Details

Publisher,Kemilau Publika
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Pengkhianatan demi pengkhianatan dilakukan oleh Yahudi di Khaibar. Permusuhan antara Yahudi dan Islam seperti tidak ada penghujungnya. Obor peperangan terus dinyalakan dan pada malam yang gelap pekat, berangkatlah Rasulullah bersama 1600  orang  yang rela berjihad di jalan Allah menuju ke Khaibar, sebuah kota yang mempunyai benteng yang kukuh dan bumi yang subur dengan tanaman. Setiap derap kaki para mujahid ini hanya dengan satu tujuan, mahu menaklukkan bumi Khaibar seterusnya melebarkan sayap Islam ke seluruh penjuru dunia.

Strategi Rasulullah sangat luar biasa hebat. Jumlah tentera Yahudi lebih ramai dari tentera Islam, dan Perang Khaibar merupakan perang yang berlaku di ‘kampung' mereka sendiri. Dengan benteng pertahanan Yahudi yang sangat kukuh berserta kelengkapan perang yang mantap berjayakah Rasulullah menaklukkan Khaibar? Untuk mendapat jawapan kepada persoalan ini marilah sama-sama kita hayati siri belajar dari Perang Khaibar ini. Bersama-sama kita menyorot kembali sirah Rasulullah yang gemilang ini.

Sepintas lalu, terdapat banyak pelajaran yang dapat diambil dari perang Khaibar ini. Antaranya ialah:

1. Timbul larangan Rasulullah memakan daging haiwan peliharaan.   

2.  Pada perang ini juga nikah mut'ah mulai diharamkan.   

3. Rasulullah melarang kaum Muslimin untuk mengambil harta rampasan perang sebelum diserahkan pada baginda dan dibahagi secara adil.   

4. Menghargai kaum wanita. Seramai 20 orang wanita berhati waja telah menyertai peperangan ini.   

5.  Kebijaksanaan Rasulullah merebut peluang dalam peperangan Khaibar

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)