Benteng Iman: Merungkai Isu-Isu Akidah Semasa
Publisher,Telaga Biru
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 500 g
No. of Pages,
Dalam keadaan dunia yang semakin terbuka maklumat yang semakin bercambah menerusi alam maya, seperti Facebook, Twitter, Youtube, Whatsapp dan lain-lain, masyarakat kita semakin banyak disogokkan dengan pelbagai info yang belum tentu sahih atau tidak. Bagi mereka yang mempunyai daya tapisan, maka akan disemak kebenaran sesuatu info lebih-lebih lagi dalam persoalan yang menyentuh akidah.
Namun, bayangkan bagaimana dengan mereka yang menerima sahaja apa-apa jua info yang disampaikan tanpa mengira kesahihan mahupun kebatilannya dari sudut akidah?
Justeru, buku ini harus dimiliki oleh pembaca kerana kandungannya:
• Menjawab segala persoalan yang biasanya berkait dengan sosio-kehidupan masyarakat Malaysia khususnya dalam persoalan akidah.
• Menyentuh kepelbagaian isu serta menyediakan fakta-fakta ilmiah mengenai aliran pemikiran yang berkembang pada zaman kini.
• Memberi panduan kepada setiap Muslim untuk memantapkan lagi akidah yang berlandaskan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah bersumberkan al-Quran dan al-Sunah.