Berakhirnya Mendung Kelabu
Publisher,Odd Dot
Publication Date,
Format, Paperback
Weight,
No. of Pages,
Shelf: Mutiara Minda / Membina Diri / Motivasi
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
Kesinambungan daripada buku pertama Iddin Ramli bertajuk Hati Ke Hati yang kini telah mencecah 30,000 naskah cetakan & jualan. Berakhirnya Mendung Kelabu mempunyai 2 bahagian iaitu bahagian 1 & 2.
Bahagian 1 adalah tentang antara idea awal buku Hati Ke Hati. Ianya adalah kata-kata yang telah disusun penulis untuk memujuk jiwa-jiwa yang memerlukan cahaya, yang mahukan semangat untuk terus berdiri dan berlari tempuhi apa yang membuatkan dirinya berhenti. Kata-kata inspirasi yang pasti memujuk jiwa yang terkurung di dalam sangkar kedukaan yang dicipta hati.
Bahagian 2 pula merupakan cerpen mengenai perjalanan Iddin Ramli menghasilkan karya Hati Ke Hati yang pastinya penuh dengan onak dan duri. Bermula dengan angan-angan, akhirnya impiannya menjadi kenyataan. Pastinya kisah ini akan menjadi inspirasi agar kamu yang berputus asa, untuk terus mencuba. Mungkin bukan hari ini Tuhan beri, boleh jadi suatu hari nanti.