Bersyukur Saat Diuji

ISBN: 9789830973517
Checking local availability
RM22.00
Product Details

Publisher,Galeri Ilmu
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 260 g
No. of Pages,

Inikah ujian? Saya didatangi oleh ustaz yang mengharapkan agar anaknya diterima masuk sebagai staf UiTM, jawatan kerani. Pagi-pagi lagi beliau sudah muncul di rumah. Lalu saya dengar dengan teliti tujuan kedatangan beliau dan dengan nada perlahan saya berkata, 'Ustaz, boleh saya bertanya satu soalan? Jika ada calon yang ditemuduga, katalah anak ustaz paling teruk sekali, tidak berkelayakan, maka jika saya memberi markah yang tertinggi kepadanya, adakah saya berdosa? (Nota: beliau memberi jawapan, 'berdosa'). Sanggupkah ustaz menyuruh saya melakukan dosa?'. Saya menitiskan air mata di hadapan beliau. Dalam sebak inilah saya nyatakan kepada beliau, 'Ustaz, saya mungkin mempunyai sedikit kuasa, tetapi kuasa Allah lebih luas dan tidak terperi hebatnya. Saya tidak mahu berdosa. Tolonglah saya ustaz supaya tidak melakukan dosa. Ustaz orang beragama. Ustaz orang pandai. Saya orang bodoh, jahil dan tidak berilmu.' Beliau meninggalkan rumah saya tanpa berkata apa-apa.

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)