Berteduh Untuk Ketenangan Hati
Publisher,Iman Publication
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Di manakah sebenarnya ketenangan?
Saban hari, dari pagi hingga malam kita mencari dan mengimpikan rasa tenang.
Ia sentiasa datang dan pergi dengan sendiri. Ketenangan itu tidak pernah kekal dengan kita, dan akan selalu didamba.
Mungkin sebenarnya, ketenangan hakiki itu tidak terletak di dunia. Tenang hadir hanya sementara, cukup untuk membuatkan kita ternanti-nanti bila ia akan hadir semula.
Buku ini hadir untuk memberikan pesan-pesan buat sebuah hati, sebagai bekalan menuju ketenangan yang abadi. Ustaz Pahrol Mohamad Juoi menyedarkan kita akan hakikat masalah dan cabaran kehidupan ini yang tidak akan luput. Atas sebab itu, kita perlu menyediakan hati yang kuat untuk menghadapinya.
Berteduh Untuk Ketenangan Hati
Sebenarnya saya dapat buku ini dihadiahkan untuk Hari Lahir saya. Saya rasa gembira dan puas hati dengan isi kandungan yang luas, mendalam dan juga menenangkan. Kita tidak perlu untuk penyokong tambahan untuk buku ini kerana isi kandungannya yang mengingatkan kita untuk dalam keadaan aman. Cara pengolahan penulis ini sangat mengkagumkan susunannya yang mana setiap langkah-langkah itu dirasakan mampu untuk dilaksanakan sepanjang kita hidup. Saya sangat mengesyorkan buku ini kepada orang yang baru yang tidak fasih bahasa Inggeris atau orang mencari bahan bacaan yang berkaitan tentang keamanan dalam hidup. Tetapi, saya kurang mengesyorkan buku ini kepada pembaca buku Inggeris kerana buku ini memberikan isi kandungan yang agak 'ringan' (jika dibandingkan dengan buku berkaitan dengan keamanan dalam hidup dalam bahasa Inggeris).
Penyusunan cerita yang amat bertepatan dengan selera pembaca.Banyak manfaat apabila kita menghayati apa yang penulis cuba sampaikn.Ketenangan hati adalah sesuatu yang sangat diimpikan semua org.Didalam naskah ini banyak yang boleh jadikan contoh dan dijadikan pedoma.
Recommended
Penyusunan cerita yang amat bertepatan dengan selera pembaca.Banyak manfaat apabila kita menghayati apa yang penulis cuba sampaikn.Ketenangan hati adalah sesuatu yang sangat diimpikan semua org.Didalam naskah ini banyak yang boleh jadikan contoh dan dijadikan pedoma.
Recommended
Saya yakin majoriti masyarakat hari ini terlalu sibuk mengejar duniawi sehingga lupa apakah sebenarnya yang kita kejarkan. Sehinggakan kita lupa untuk mencarikan kemewahan dan ketenangan yang hakiki dan abadi. Dugaan dan cabaran duniawi tidak akan pernah hilang. Yang penting macam mana kita sebagai manusia tabah menghadapi liku-liku kehidupan berlandaskan dan mengikut syariat Allah S.W.T..