Biar Cinta Bertaburan
Publisher,Romance Creative Enterprise
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 0.42 kg
No. of Pages,
Shelf: MUTIARA MINDA / NOVEL / CINTA
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
Emeer Zafran, seorang bos yang tegas, bermulut lepas, dan sangat berdedikasi terhadap tugas. Walaupun mempunyai wajah tampan dan bertubuh ala-ala model terkenal, dia tetap sering dijauhi oleh pekerja-pekerjanya kerana sikap tegas dan panas barannya. Hanya rakan-rakan terdekat sahaja yang memahami dirinya.
Berbeza dengan Ayesha Sorfina, seorang gadis kecil molek, penyabar, happy-go-lucky, bersikap 'ada aku kesah' dan sangat disenangi oleh semua rakan sekerja malah sesiapa pun yang mendekati dirinya. Bertugas sebagai pembantu peribadi kepada seorang bos seperti Emeer Zafran bukanlah suatu tugas yang mudah. Dalam kelembutan seorang Ayesha Sorfina, terselit satu prinsip diri yang sukar dimengertikan.
Hubungan antara majikan dan pekerja akhirnya bertukar menjadi intim apabila kedua-duanya mula jatuh hati sesama sendiri. Di sebalik sikap panas baran Emeer, ada kelembutan yang hanya boleh dilihat oleh Ayesha Sorfina sahaja. Namun, yang menjadi persoalannya, haruskan perhubungan itu terus dijalinkan sedangkan Emeer telah pun menjadi tunangan seseorang?
Bagaimana dengan prinsip Ayesha? Haruskan ditolak tepi kerana cinta atau haruskan dia korbankan cinta demi prinsip itu? Pergolakan demi pergolakan berlaku antara mereka. Adakah kisah mereka akan berakhir dengan bahagia? Atau adakah ia sekadar rasa yang datang bertamu dan akhirnya pergi jua?
Benarlah, biar cinta itu bertaburan agar mudah kita kutip pabila tiba tikanya...