Biar Tahu Jangan Keliru

ISBN: 9789678604109
Checking local availability
RM19.90
Product Details

Publisher,Alaf 21
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 600 g
No. of Pages,

Hidup kita ini seolah-olahnya tidak sempurna tanpa persoalan. Biasanya, mesti berkaitan agama. Jika tidak tertimpa kita, orang lain yang kena. Meskipun begitu, penyelesaiannya mesti dicari jua. Satu perkara yang perlu sentiasa diambil kira. Bersiap siagalah kita agar tidak terkeliru dengan pandangan yang melampaui pendapat agama. Caranya, berbaliklah pada DIA dengan menghayati ajaran-NYA.

Kita suka bertanya. Bersangka-sangka pun apa kurangnya. Ini lumrah kita sebagai manusia. Akal yang dikurniakan kadangkala mereka perkara yang melampaui had sepatutnya. Hati pun sama. Adakala terjentik juga mengangkat ‘tangan' menyokong si akal yang huru hara. Apa lagi, dosa dan pahala berlumba-lumba menjuarai takhta.

Bertanya itu anjuran agama. Prasangka pula angkara si durjana. Mana satu pilihan kita? Tempat abadi yang bahagia atau sengsara? Ingat… pilihan kita cuma dua. Penyelesaiannya mudah juga, akal dan hati mesti menjunjung padu, berteguh jiwa pada syaitan yang cuba menggoda.
Justeru, Biar Tahu Jangan Keliru dengan setiap perkara yang singgah di telinga kita. Tegur akal dan hati biar selari dengan perintah-NYA. Jangan sesekali menangkan si durjana kerana dia hanya pembawa bencana di sana. Kita tidak layak menjadi sahabatnya kerana kita ini sebaik-baik makhluk ciptaan-NYA.

Antara Kandungan Menarik:

Benarkah Bahasa Arab Bahasa Syurga?
Hukum Manusia Berkahwin Dengan Jin
Ujian DNA Untuk Pengesahan Status Anak
Benarkah Cerita Tentang Alamat Kematian?
Hukum Orang Bukan Islam Memasuki Masjid
Nikah Bagi Pasangan yang Baru Memeluk Islam
Keguguran di Bawah Tiga Bulan, Nifas Atau Tidak?
Memutuskan Pertunangan Kerana Bermimpi Buruk

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)