Bidadara Putera
Publisher,
Publication Date,
Format,
Weight,
No. of Pages,
Tengku Qasrina Qaisyah...
Dia adalah pewaris tulen datuknya, arwah Tengku Halem Bakti yang terpaksa disorokkan semenjak satu peristiwa beberapa tahun dulu. Kembalinya semula ke bumi Malaysia nampaknya bukan sahaja tidak disenangi segelintir pihak tetapi telah menghuru-harakan hidup seorang lelaki.
“Ok, Zumar... satu perkara I nak pesan. Jangan jatuh cinta dengan Qass, ok?" - Qasrina
“Cik Qass jangan risau sebab saya telah tanam rasa cinta tu jauh ke perut bumi. Takkan menggalinya lagi.” - Zumar
“Ok… kalau macam tu. Qass ada satu prinsip. Nak tahu apa?” - Qasrina
“Jangan jatuh cinta dengan Qass tetapi… tetapi jangan menolak pesona Qass. Natijahnya nanti, Zumar akan rebah sendirian.” - Qasrina
Zumar Al-Harris Syah...
Menjadi seorang bodyguard bukanlah sesenang yang disangka. Dia perlu mempertaruhkan nyawa dengan seorang puteri yang sentiasa menguji kesabaran. Dia juga harus membawa 'lari' sang puteri sehingga selamat di waktu pewarisan nanti. Adakalanya memori bertahun dulu 'menjaga' seorang remaja yang dipanggil Qai, menjadikan Zumar menjadi lebih berwaspada.
"You macam manusia yang tak ada hati dan perasaan!" - Qasrina
“Itu adalah kerana berkat menjaga seorang remaja degil dan suka ikut kepala dia sahaja bila lakukan sesuatu dulu… nama dia Qai…” - Zumar
Dalam diam, Zumar membandingkan tugasannya menjaga Qasrina dengan Qai, sama-sama mempunyai kepayahannya yang tersendiri kerana kedua mereka adalah orang yang sama walau dengan nama yang berlainan.
Tengku Qaiyyum Bunyamin...
Bukanlah namanya yang sebenar. Dia adalah Qasrina a.k.a Qai, sang remaja yang nakal. Terpaksa menyamar menjadi remaja lelaki bagi menggantikan abang kembarnya, Tengku Qairul Qaizer yang telah cedera teruk sewaktu mereka berdua tiba di Malaysia dulu.
Syed Haseef Amri...
Antara orang kepercayaan Tengku Yusuf Bakti. Dia adalah sepupu merangkap bakal tunang Qasrina. Dahulu dialah remaja yang pernah menjadi pelindung dan mempertaruhkan nyawa demi seorang Qai. Namun dia jugalah yang dicurigai Zumar menjadi dalang sehingga terbongkarnya tempat persembunyian Qasrina. Namun benarkah dia pengkhianatnya?
"Jika akulah manusia sebegitu, sudah tentu seorang Qai tidak akan menjadi Qass sekarang!" - Haseef
Namun kalau bukan dia, siapakah orangnya yang mahu membunuh Qasrina a.k.a Qai sejak dulu sehingga sekarang? Adakah ia hanya seorang individu atau sekumpulan manusia yang tamakkan harta dan pangkat yang bakal Qasrina perolehi nanti?
"Selamat datang Tengku Qasrina Qaisyah ke neraka dunia! Tentu kau menyesal menjadi seorang pewaris." - ???