Bidadari Bermata Jeli
Publisher,Penulisan2u
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 700 g
No. of Pages, 676
Di The Stanley's Suite Hotel, Tamara merupakan gadis kelahiran Bosnia yang dipelihara oleh orang Malaysia dan dijadikan anak angkat. Penampilannya ayu mengalahkan gadis Melayu, berbaju kurung, bertudung persis ustazah. Tapi pabila terlanggar eksekutif housekeeper yang garang dan cerewet itu, terkeluar habis loghat Negeri Sembilannya.
“Oh, mak kau kopalo jendol!”
“Hey, you! Stop right there!” Pertemuan dengan Daniel Haidar berlaku pabila secara tak sengaja dia terlanggar jejaka itu. Kerana terlalu takut, Tamara terus melarikan diri tanpa menoleh pun. Punyalah selama ini dia berhati-hati dan mengelak daripada terserempak dengan salah seorang anak CEO The Stanley's Suite Hotel itu.
“Does dejavu really happen?”
“Well, according to research, about two thirds of us experience at least one dejavu in our lifetime.” Pertemuan dengan Tamara bagaikan dejavu bagi Daniel Haidar. Terasa Tamara begitu dekat di hati. Sudahlah langgar sampai berterabur fail, stafnya itu melarikan diri pula. Kanta lekap berwarna kelabu yang melekat pada fail, menjadi permulaan episod antara Daniel dan pemilik kanta lekap itu.
“Kalau you nak selamat, you ikut apa I cakap.” Penyelianya, Cik Eka Kamila memberi arahan agar Tamara tampil dalam rupa baru di hadapan Daniel. Dia perlu jadi seorang perempuan tembam, tapi hanya di depan Daniel. Apa motif Cik Eka? Namun berjaya juga Daniel menemukan si pekerja yang misteri itu. Tapi entah kenapa Daniel bagai tidak peduli dengan rupa Tamara. Siap pelawa makan malam bersama lagi. Sesuatu yang sangat mengejutkan bagi seorang Daniel Haidar yang menetapkan kualiti yang tinggi untuk pasangan hidupnya.
“Have dinner with me tonight...”
“Hah?” Apakah Tamara pun sudah jatuh hati? Tapi hatinya sudah lama dihuni oleh Helmi. Helmi yang selalu ada tika dia larut dalam derita yang melemaskan.
KARL – Doktor pelatih yang berwajah Inggeris itu sebenarnya telah lama jatuh hati terhadap Tamara. Meskipun dia tahu rahsia dan aib yang disembunyikan, tapi itu bukan penghalang baginya hendak memiliki si bidadari bermata jeli. Namun kehadiran Daniel menyukarkan keadaan. Di antara Helmi dengan Daniel, abangnya itu lebih memberikan ancaman. Beberapa siri kejadian aneh yang berlaku dalam hidupnya, membuatkan Daniel tertanya-tanya. Dejavu yang Daniel rasakan selama ini apakah benar-benar dejavu? Dan apakah realiti sebenar di sebalik sisi gelap hidup Tamara yang mampu mengubah ramah menjadi marah?