Bidadari Syurga Tengku Harith
Publisher,
Publication Date,
Format,
Weight,
No. of Pages,
Tengku Harith Malvern, lelaki berdarah bangsawan, hidup dalam kemewahan dan nama besar keluarganya. Namun di sebalik segala yang dimilikinya, hatinya tetap kosong sehingga takdir mempertemukannya dengan seorang gadis biasa sebatang kara, Nur Huda Nuralea.
"ERR... MAAF... AWAK ADA NAMPAK KUCING PUTIH KECIL LALU SINI TAK?" – NUR HUDA NURALEA
"TAK. AWAK SESAT KE?" – TENGKU HARITH MALVERN
Huda hadir bukan dengan harta atau gelaran, tetapi dengan hati yang tulus. Dari sinilah Tengku Harith menemukan sesuatu yang selama ini hilang – ketenangan dan kebahagiaan sejati.
Bagi Huda, Tengku Harith adalah mimpi yang tidak pernah dia duga. Lelaki kaya raya, penuh perhatian, tetapi sanggup merendahkan egonya hanya untuk membuat dia tersenyum. Sedikit demi sedikit, Huda belajar bahawa bahagia bukan pada apa yang dimiliki, tetapi pada siapa yang menggenggam tangannya.
Namun, mampukah cinta mereka bertahan di tengah perbezaan darjat, status, dan pandangan dunia sekeliling? Atau adakah hati yang sudah memilih mampu membuktikan bahawa tiada siapa pun yang boleh memisahkan mereka?