Bijak Solat

ISBN: 9789670326344
Checking local availability
RM35.00

Sesungguhnya beruntunglah mereka yang kelak menghadap Allah pada hari kiamat dengan membawa solatnya yang cukup cantik dan sempurna. Hal itu kerana solat adalah amalan pertama yang akan diperiksa oleh Allah. Jika elok solat yang dikerjakan selama hidupnya, maka insya-Allah eloklah ibadahnya yang lain. Jika bekal solat yang dibawa itu penuh cacat cela dan kekurangannya, akan tergendalalah pengiraan amal ibadahnya yang lain.

Buku BIJAK SOLAT ini diterbitkan buat tatapan umum khusus untuk membantu mereka yang memerlukan alat bantu mengajar dan belajar tentang solat. Di dalamnya mengandungi kupasan tentang hal-hal yang berkaitan dengan solat bermula dari wuduk, tayamum, azan, iqamat, panduan gerakan dan bacaan solat bagi lelaki dan perempuan serta solat jenazah.

Persembahannya yang ringkas namun padat dan berwarna-warni dapat membantu pelbagai peringkat dan lapisan masyarakat bermula daripada kanak-kanak hingga golongan dewasa bagi menambah kefahaman dan menjelaskan kekeliruan yang dihadapi berkaitan solat.

Semoga belum terlewat bagi kita untuk memperbaiki solat fardu kita agar ia tidak menjadi ibadah yang sia-sia dek kerana kesilapan atau kejahilan yang tidak kita sedari.

 
Product Details

Publisher,Inteam
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 700 g
No. of Pages,

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)