"Bila Cikgu 20 Sen Menulis" merupakan buku pertama penulis yang diadaptasikan daripada kisah perjalanan hidup beliau. Penulis menulis buku ini dengan harapan pembaca dapat mengambil sesuatu yang berguna dari pengalaman-pengalaman beliau yang mengikuti suaminya bertugas di Johor, Papua New Guinea dan Sarawak. Pelbagai kisah suka duka dikongsikan oleh penulis. Antaranya adalah pengalaman lucu beliau disambut penduduk bergigi merah, situasi cemas berhadapan dengan ular tedung, pengalaman menjadi cikgu 20sen dan macam-macam lagi.