Bila Kau Kata Cinta

ISBN: 9789670992068
Checking local availability
RM21.00
Product Details

Publisher,Penulisan2u
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 400 g
No. of Pages,

Dengan izin-Mu aku bertemu, dengan izin-Mu aku bersatu dan dengan izin-Mu jua aku bahagia...

“Sweetheart, I miss you so much. Where have you been?”

Siti Sara, si pramugari jelita menyangka, panggilan sweetheart yang diterimanya daripada Idzham merupakan petanda bahawa jejaka itu ada hati padanya. Namun, saat Iftitah diperkenalkan sebagai bakal isteri Idzham, Siti Sara bingung. Luluh hatinya tika melihat cinta pertamanya menjadi milik insan lain.

Lantaran itu, pabila pinangan yang tidak disangka datang menerpa, dia hanya pasrah dan menerima; dengan harapan nama Idzham dapat dilupuskan dari ingatan.

Akhirnya tanpa dia sedar, dia sudah menerima lamaran seorang duda merangkap penumpang yang pernah memalukan dirinya di kabin!

“Agaknya selain daripada waktu kerja awak yang berembun, waktu sosial awak juga tak kurang hebatnya. Tengah malam macam ni pun, masih lagi berpelesiran. Itu sebab awak ni selalu cuai, macam orang mabuk.” – Khalif Imran

“Excuse me! Siapa awak untuk judge saya? Awak tak ada kena-mengena dengan hal saya!” – Siti Sara

Bagi Khalif Imran pula...Pinangan itu bukanlah ikhlas daripada jiwanya, malah tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk menduakan cinta arwah Zulaikha. Pinangan itu sekadar syarat untuk menebus kesalahan yang pernah dilakukan terhadap mama dan papanya. Dia nekad, tiada cinta terhebat selain cintanya bersama Zulaikha.

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)