
Bila Lelaki Mencintai
MPH Bookstores @ The Exchange TRX
L2.28-29.A, Level 2
55188 Kuala Lumpur KUL
Malaysia
Shelf: Mutiara Minda / Novel / Cinta
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
Sejauh mana cinta itu mampu melindungi dan setinggi mana
cinta seorang lelaki itu hanya kepada seorang wanita?
Peritnya menunggu, sakitnya bersabar. Itulah kekuatan untuk mencintai seseorang.
Namun, kadang-kala sebuah kegilaaan menjadi satu halusinasi yang menjerumus
kepada obsesi.
Obsesi ialah kegilaan untuk memiliki, manakala cinta pula
kekuatan. Kekuatan untuk berjuang dan berkorban apa saja demi seseorang yang
kita cintai.
Athifa Qaila, wanita polos yang hanya mendambakan cinta
seorang Jiyad Umar. Tetapi, sayangnya kasih sayangnya dikhianati. Jiwanya
didera dan nyawanya sentiasa dalam bahaya.
Izzet Emiir hanyalah lelaki biasa yang cuba melupakan rasa
cinta setelah wanita kesayangannya dimiliki orang lain. Namun, bila Athifa
Qaila itu disakiti, dikhianati serta dilukai, dia menjadi lelaki pertama yang
sentiasa ada untuk wanita itu.
Sebaliknya, tidak semudah yang disangka kerana Emiir harus
bijak berlawan dengan obsesi Dini Farhana yang menggila.
“Bila lelaki jatuh cinta, azam dan kekuatan untuk melindungi
orang yang tersayang akan melebihi segala-galanya. Dan percayalah… orang seperti
you takkan mampu merosakkan kekuatan cinta tu.” - Izzet Emiir
“Argh, cinta itu pasti tidak setanding obsesi untuk memiliki
dan dia akan pastikan dirinya memiliki apa saja kepunyaan Athifa Qaila. Harta
cinta dan segala-galanya!” – Dini Farhana
“Akhirnya, kau tetap akan jadi manusia loser yang cuba nak
capai bintang di langit, tapi hanya lumpur yang akan kekal dekat badan kau tu.
Busuk dan kotor!” – Athifa Qaila
Jiyad dan Dini yang selama ini membesar bersama, akhirnya
hanyut atas nama obsesi manakala Emiir dan juga Athifa yang sudah
bertahun-tahun berkawan, namun tak mampu menafikan tentang perasaan cinta
antara mereka.
Benarkah kata orang, di antara lelaki dan wanita itu ada satu
magnet yang akan berada di tengah-tengah dan pada akhirnya pasti akan menarik
salah seorang untuk jatuh cinta?
Apakah sebenarnya yang dimahukan dalam hidup ini?
Adakah kenikmatan melihat kesengsaraan orang lain atau
kepuasan ego yang melangit?
Ini bukan tentang kesetiaan, tapi tentang pengorbanan.
Mencintainya bukanlah sebuah kesalahan, tapi sebuah pelajaran.
“He wants me more than he needs you...”