Bintang Hati Abang
Publisher,Karya Publika
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Shelf: Mutiara Minda / Novel / Cinta
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
“Boon, you pergilah temankan Denis kat kereta sana. Kesian pulak dia memandu balik seorang-seorang.” Kerah Josen.
Pantas Bunga rungkai tali pinggang keledar.“Tak payah!” jerkah Dee George.
Bunga baru sahaja buka pintu kereta dan keluarkan kakinya letak atas tanah. Dee George tiba-tiba jerkah dengan kuat. Sampai terangkat terus kakinya masuk ke dalam kereta semula. Perlahan-lahan dia tutup pintu. Geram jugak dia. Terkejut macam nak mati! Dia lihat Josen sudah mengurut dada. Bunga paling ke belakang. Dia nampak muka Dee George sudah macam naga raya Cina. Merah menyala hingga merebak ke telinga.
“Jerkah kuat-kuat sangat kenapa? Orang terkejut tahu tak?!”
Bunga pun bukan tahan sabar sangat. Kalau buat dia terkejut, cepat sangat dia naik angin nak marahnya tu. Sempat dia jegil pada Dee George macam nak terkeluar biji mata. Tapi Dee George langsung tak gerun. Dia buat tak tahu sambil pandang ke luar tingkap. Josen sudah kalut.
Dua-dua orang ni sudah main tengking-tengking pulak di dalam keretanya.
“Kenapa dengan dia ni? Dah datang bulan?” Bunga pandang ke arah Josen dan bertanya dengan keras. Tetapi ayatnya itu sinis terarah kepada Dee George. Apabila Bunga lepaskan ayat itu, berdekit-dekit Josen ketawa. Dee George pula terus beralih memandang Bunga dengan pantas. Tapi Bunga tak pusing pun membalas pandangannya.
sebuah novel yang menarik untuk dibaca. novel yang berkonsepkan kisah cinta romantik yang agak lucu sambil diselitkan sedikit konflik untuk menambahkan rasa. terbaik
Sebuah novel yang menceritakan tentang kisah pencintaan antara Bunga dan Dee George. Walaupun sering bergaduh, wujud Kasih sayang antara mereka. Wajib dapatkan.
Pergaduhan yang telah menimbulkan bibit cinta. Seronok pulak baca.Banyak peristiwa menarik dan lunch.
Pergaduhan yang telah menimbulkan bibit cinta. Seronok pulak baca.Banyak peristiwa menarik dan lunch.
Wajib beli buat peminat baca novel macam saya. Suka gila jalan cerita macam ni.. Tak perlu ada perampas, orang ke 3, 4 ,5 or 6 la kan.. Cerita biar kelakar & sweet² gituew..Baru layan bagi orang gila² macam saya nie.