Biografi Aisyah binti Abu Bakar - Perjalanan Hidup Suri Hati Nabi (2023)
Publisher,PTS Publishing House
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages, 424
-
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
Buku ‘Biografi
Aisyah binti Abu Bakar’ ialah buku yang mengikat diri untuk duduk
berlama-lama dengannya. Penulis bijak menggarap kajian tentang Aisyah; fakta
yang diperisakan dengan penyampaian dan lenggok bahasa yang lunak. Ada banyak
hal tentang Ummul Mukminin itu yang saya baru ketahui selepas membaca naskhah
ini.
-Waridah Lothpi, saudagar buku
Buku ini sangat lengkap isinya tentang ibu kita Aisyah RA. Sekiranya baru berjinak-jinak baca tentang kisah sahabiah, saya cadangkan mula dengan membaca kisah Saidatina Aisyah RA (selain Khadijah r.a.), insan yang Rasulullah SAW cintai.
-Sajida Zulkafli, pengasas Reading Muslimah
Sekilas pandang pada tajuk buku, kita akan menganggap buku ini sekadar menceritakan isu-isu kewanitaan dan suka-duka rumah tangga. Namun, emosi kita pasti tersentak setelah mengamati keseluruhan kandungan dan intinya. Masih adakah wanita persis Aisyah yang serba boleh ini? Dialah isteri kepada Nabi, ilmuwan fikah yang cerdas, mengetahui asas ilmu perubatan, merawat mangsa yang cedera, pernah mengetuai pasukan tentera dan pemikir strategi perdamaian. Dalam kelembutan ada ketegasan. Percayalah, buku ini tidak mengecewakan!
- Dr. Muhammad Hakim Rosly, penterjemah bebas