Biskut dan Kek Singapura memuatkan resipi biskut, kek berkat, kek gulung dan kek lapis. Ia disediakan oleh pakar masak yang berpengalaman.
Pelbagai resipi popular dipilih dan dikumpulkan dalam buku ini. Cara membuat dan memasak diterangkan dengan terperinci dan mudah dilakukan.
Berserta dengan gambar berwarna, kompilasi resipi ini sesuai untuk mereka yang ingin menyediakan biskut dan kek yang enak dan berkhasiat, sama ada untuk diri sendiri dan keluarga atau sekadar sebagai hidangan harian, musim perayaan atau majlis keraian. Ia bukan sahaja enak untuk dinikmati tetapi lebih menjimatkan.