Black Rose

ISBN: 9789672300281
Checking local availability
RM28.00
Product Details

Publisher,Suara Hati Publication
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Find this product in our store.
Shelf: Mutiara Minda / Novel / Cinta

Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.

Kisah dua belas tahun lalu memberikan kesan yang mendalam pada jiwa Harleena. Tanpa sedar, tercipta sebuah dendam terhadap keluarga Haji Rahmat. Tiada cara lain kecuali dia masuk ke dalam keluarga itu dengan memakai dua wajah demi ‘menggoda’ dua hati. Dia akhirnya berjaya.
Segala cerita bermula dengan penuh tersusun dan dendam yang dia bawa selama ini pasti akan terbalas. Itu sahaja niatnya yang satu – merosakkan kebahagiaan keluarga Haji Rahmat supaya mereka sekeluarga merasai sendiri apa yang pernah dia alami selama ini.
Harleena - Dia berusaha untuk terus kuat dan mencari cebisan-cebisan bahagia yang masih berbaki. Dalam masa yang sama, dendam itu meletakkan dia dalam keadaan di luar pengetahuannya sendiri.
Qi Putra - Jatuh cinta merupakan perkara yang mahu dielakkan atas alasan masih menderita dengan cinta lama. Namun, kehadiran Harleena menjanjikan bahagia yang jelas untuknya. Tatkala sedar bahawa dia terperangkap ke dalam sebuah kisah yang diatur rapi oleh Harleena, bagaimanakah penerimaannya?
Fayyadh – Walaupun masalah dengan abangnya, Qi Putra masih belum reda dia pasti semua itu hanyalah sementara. Dan dia tidaklah terlalu memaksa diri untuk terus berada dalam kisah lama. Mengenali Harleena sebagai cinta pertamanya... memberi sebuah rasa yang belum pernah dia alami selama tempoh hidupnya.
Apabila dua hati telah musnah diperlakukan oleh Harleena, masihkah ada jalan damai untuk mereka bertiga jika dia memilih untuk beralah? Harleena mengerti percaturannya telah gagal, lalu bagaimana cara untuk mengakhirinya menjadi penamat yang indah untuk mereka bertiga?

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)