Blur: Bila Kau Sendiri Tak Pasti Apa Yang Kau Cari

ISBN: 9789830976525
Checking local availability
RM20.00
Product Details

Publisher,Galeri Ilmu
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 250 g
No. of Pages,

“Kalaupun ada musibah yang Allah nak beri kepada kita, biarlah kerana 
                  kasih sayang-Nya. Bukan kerana murka-Nya terhadap kedegilan kita!”
 
BLUR – Tidak ada satu hal pun yang sia-sia. Semua ada hikmahnya. Buruk atau baik yang berlaku tetap memberi nilai tambah kepada kita. Kau stres sebab kau BLUR! 
 
Buku PURIS  ini merupakan hasil daripada siri Bengkel Penulisan Bonda Nor. BLUR adalah salah satu medan untuk para peserta mengaplikasikan segala ilmu yang mereka perolehi menerusi bengkel ini. 
 
Bonda Nor tidak mahu sekadar berusaha seorang diri menyumbang bahan-bahan penulisan yang baik buat masyarakat dan bergerak atas objektif utama bengkel, dia bertekad mahu melatih masyarakat melahirkan sendiri karya-karya yang bermanfaat. 
 
BLUR – membawa maksud kabur, tidak jelas dan samar-samar. Situasi yang sering menimpa anak-anak remaja yang sedang menginjak ke alam dewasa. Pada usia seperti ini, masing-masing ibarat baru sahaja menerima kunci kebebasan dan harus bijak mengendalikan keterujaan. Jika tersilap langkah, pasti membawa padah! 
 
Menerusi antologi BLUR, para penulis yang terlibat diminta untuk mengetengahkan pengalaman sendiri dalam menempuh alam yang penuh mencabar ini. Ianya merupakan kisah benar. Sesetengah bersifat peribadi. Namun, demi sesuatu yang dipanggil pengajaran, mereka sudi untuk satu sesi perkongsian. 
 
Sungguh, manusia boleh menjadi matang dengan pengalaman. Bukan sekadar belajar daripada pengalaman sendiri, tetapi menerusi pengalaman orang lain juga. Dengan membuka mata hati kita, insya-Allah kita akan lebih peka dan mampu berjaga-jaga agar tidak terjunam ke dalam lubang yang sama. 
 
BLUR – satu situasi yang pasti akan buat kita berasa tidak selesa. Namun, sebaik saja kita mampu melepasi situasi seperti ini, pasti kita akan menjadi lebih baik. 
 
Selamat menadah perkongsian demi perkongsian yang dinukilkan di dalam antologi ini! 
 
Antara penulis ya

Customer Reviews

Based on 2 reviews
100%
(2)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
M
Mhd Saprisal Sabarudin
A Good Book

Teknik penulisan yang menarik dan mudah difahami ini amat sesuai dibaca oleh setiap peringkat umur.

s
sitinurkhadijahjaafar
Blur: Bila Kau Sendiri Tak Pasti Apa Yang Kau Cari

Sebuah buku yang menampilkan 22 buah cerpen kompilasi hasil ciptaan peserta bengkel Bonda Nor. Buku yang mengisahkan tentang perjalanan anak anak yang menginjak ke alam dewasa. Buku yang memberi banyak aura positif dan pengajaran untuk dijadikan panduan kepada pembaca terutamanya anak anak remaja.