Bougainvillea
Publisher,Jemari Seni
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Hakimi memilih kerjaya sebagai pegawai polis untuk merungkaikan misteri kehilangan kekasihnya, Nina sepuluh tahun yang lalu. Hakimi sering kali taasub dengan kes-kes yang melibatkan kehilangan dan pembunuhan gadis muda. Dia mengkaji setiap maklumat kes dalam usaha untuk merungkaikan misteri tentang kehilangan Nina. Sikap Hakimi ketika mengendalikan kes itu, membuatkan dia sering mendapat kritikan dan amaran daripada ketuanya, Tuan Rasyid.
Deena, seorang gadis berusia 21 tahun yang mempunyai wajah seiras Nina. Dia bertembung dengan Hakimi secara tidak sengaja di Kuala Lumpur. Namun pertemuan yang cuma sebentar itu tidak sempat memberi ruang untuk perkenalan yang lebih erat.
Deena kemudian mengikut ibu bapanya berpindah ke Pulau Pinang dan menyewa di Rumah Bougainvillea, rumah milik keluarga Nina. Sejak itu, tidur malamnya juga diganggu dengan kehadiran seseorang yang mirip dirinya sendiri. Dia keliru, mengapa dirinya? Perempuan itu sering meminta bantuan melalui mimpi-mimpinya. Kesemua itu menimbulkan rasa sangsi dan ingin tahu dalam diri Deena. Dia mahu bertanya, tetapi tidak tahu kepada siapa.
Pertemuan kedua di rumah Deena membuatkan Hakimi dan Deena bersepakat untuk bergabung merungkaikan misteri tentang kehilangan Nina. Terdapat beberapa orang yang disyaki terlibat dan orang-orang itu adalah orang yang dikenali Hakimi dan berada di sekitar rumah Nina sewaktu