Budak Kelas Belakang
Publisher,Must Read
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
-SHAH IBRAHIM- Penulis buku Budak Meja Belakang
"Salah satu daripada prinsip yang saya percaya adalah, setiap kita mempunyai kebolehan dan kemampuan mencapai impian jika kita mahukannya. Di mana pun kita bermula, dan dari mana kita berasal, itu tidak penting. Apa yang penting ialah keinginan untuk berubah menjadi yang lebih baik. Kepercayaan dan prinsip ini diterjemahkan dengan baik dalam buku ini. Gaya penceritaannya yang bersahaja dan spontan membuatkan seolah-olah pembaca berada di tempat penulis. Tahniah kepada Puan Emylia kerana berkongsi kisahnya dengan keberanian dankerendahan hatinya."
-MUHABIR IBRAHIM- Penulis, Kaunselor &Perunding Latihan
Sesuatu yang sangat nostalgic. Gaya bercerita yang spontan dan bersahaja. Cerita dari penulis yang mengimbau kenangan zaman-zaman persekolahan, terutama yang duduk diasrama. Saya percaya anda turut akan rasa apa yang saya rasa sepanjang baca buku ini.
Sebuah coretan tentang kisah penulis sepanjang dia menjadi pelajar di STF..menceritakan pengalaman beliau di sekolah asrama tersebut..membongkar kisah2 rahsia kehidupan di asrama perempuan yg membangkitkan nostalgia di zaman sekolah..bacaan santai yg tentunya memberi inspirasi..
Sebuah buku yang sedap dibaca. Penulis berjaya menambat hati membaca dari muka pertama hinggalah ke hujung buku. Gaya yang sangat berkesan dan menghayati setiap patah perkataan yang ditulis. Very Nice !
Suka sangat baca buku macam ni. Mengimbau kenangan masa zaman sekolah. Banyak pengajaran dan penulis pandai menyusun plot , peristiwa agar pembaca tidak bosan untuk terus membaca.
Untuk mereka yang ingin mengetahui kisah asrama perempuan, ini buku yang patut anda baca...berkisarkan kisah-kisah zaman asrama penulis semasa di alam persekolahan. Tidak lupa juga kisah di alam pekerjaan.. Gaya penyampaian yang santai dan ada pengajaran yang boleh kita ambil..menarik...