Bukan Bisikan
Publisher,Kaki Novel
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Aku tak tahu apa yang aku dah buat selama ni. Kenapa aku kejam sangat? Ya Allah.... Aku bersalah dengan Mia. Aku dah banyak buat salah dekat dia. Aku dah banyak lukakan hatinya. A... aku... aku layan dia macam... macam perempuan murahan. Aku... aku tak tahu kenapa aku tak pernah nak tanya dia kenapa? Silap aku! Semua silap aku. Tadi... dia paksa aku ceraikan dia,” luah Irfad Hakimi. Menitis air mata egonya selama ini. Senyuman sinis terukir di bibir Aiman Haikal. Tangan disilangkan ke dada lalu punggungnya dilabuhkan ke sofa. Dia menyilangkan kaki lagak seorang bos besar. “Memang patut pun kau ceraikan dia.” Dijeling jejaka yang masih lagi pegun di meja pejabatnya sebelum menyambung bicara. “Lepas kau ceraikan dia, aku akan hantar rombongan meminang ke rumah parents dia. Kau tahu? Kau tak layak untuk perempuan sebaik dan secantik dia.” Sinis sahaja nada Aiman Haikal. “Kau yang tak layak untuk dia!” Nada Irfad Hakimi naik seoktaf lagi. Berani Aiman Haikal menyatakan hasrat di hadapannya! “Kau tahu tak? Taraf kau dengan dia ibarat langit dengan bumi. Setakat kau, pemilik kedai mana layak dengan anak tunggal jutawan hartanah macam dia! Lagipun, kau hanya tertarik pada paras rupanya,” bentak Irfad Hakimi lagi. “Kau tahu? Tahu dia anak tunggal? Anak orang kaya yang dimanja