Bukan Dia Tapi Aku (9789838221870)
Author: Nurul Atiqh Ghuzir
ISBN: 9789838221870
Checking local availability
Title
RM26.00
Publisher,FAJAR PAKEER
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages, 470
Find this product in our store.
Shelf: Mutiara Minda / Novel
Shelf: Mutiara Minda / Novel
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
Kerana harapan ini aku punah, dan kerana harapan ini juga aku bahagia Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu kan? Walau berkongsi tarikh lahir, nasib Anna dan Nia sangat berbeza. Bagi Nia pula, badai yang datang memukul jiwanya tanpa henti. Bagai tiada elipsis sama sekali. Sering Nia tertanya, kenapa dia dan bukan aku? Kehadiran Hazeer mengubat lara Nia. Sepucuk surat pantun menjadi pengganti kata. Bibir tertawa hati menangis, Hati mendamba cinta sejati, Harapan bahagia inginku lukis, kerana ada engkau di hati. Siapa sangka, surat perantara itulah titik pengubah segala. Sakit dan kecewa yang lama terpendam mengaburi hati. Persahabatan yang dulunya murni terputus bagaikan tiada erti. Pertemuan semula dengan Hazeer yang sedang jatuh bagai cahaya penantian yang kembali menyuluh. “Terima kasih Nia. Tak pernah saya sangka awaklah orang yang akan bantu saya di saat begini. Kalau awak tak ada, entah apa yang jadi dekat saya.” – HAZEER Terdesak untuk merealisasikan impiannya, Nia sanggup berbuat apa saja. Tiada siapa dapat menghalang dari dia mendapatkan ‘hak’ yang pernah hilang. Muncul pula ‘penyelamat’ misteri datang mengusik hati. Pesona keras yang terbina di atas kepahitan senang sekali dirungkai. “Awak ni acah-acah garang konon macam kebal. Tapi jauh di sudut hati, awak sebenarnya macam tisu. Mudah koyak.” – ERIC Satu per satu kemelut hidup Nia kembali berputar ligat sehingga akhirnya hampir meragut nyawa. Siapa sebenarnya yang menjadi duri dalam daging kehidupan Nia? Adakah lumrah untuk terkejarkan kasih yang bukan milik kita? Ada hal yang lebih menyakitkan daripada kehilangan ialah harus melepaskan seseorang yang tempatnya masih di hati kita. Namun, percayalah, jika sesuatu itu milik kita ianya akan tetap kembali menjadi milik kita.