Bukan Hanya Sekadar Cinta

ISBN: 9789672116806
Checking local availability
RM24.00
Product Details

Publisher,Dear Novels
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Find this product in our store.
Shelf: Mutiara Minda / Novel / Novel - Lain-Lain

Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.

“Kamelia...”

“Jadi, selama ni awak tak bisu?” tanya Kamelia sinis.

Perlahan-lahan Isa Rafael menggeleng.

“Tak bisu... okey. Dah tentu awak pun tak pekak, kan?” Sinis Kamelia lagi.

Seperti burung belatuk, Isa Rafael hanya mengangguk. Kamelia memicit kepalanya yang kian berdenyut. Selama ini dia tertipu. Dia menangis dan meluahkan semua masalahnya semasa di Hong Kong dan Isa Rafael mendengarnya. Lelaki itu berpura-pura seperti tidak mendengar bebelannya selama beberapa hari di sana.

“Awak tipu sayalah selama ni?”

“Tak, saya tak berniat pun nak buat begitu...”

“Tapi, awak dah buat pun,” pintas Kamelia pantas.

Kelu lidah Isa Rafael untuk membalasnya.

“Perkenalan yang berlandaskan pembohongan takkan kekal lama. Saya nak awak ingat itu aje,” ujar Kamelia, sebelum berlalu dengan senyuman sinis di bibirnya. Kecewa. Dia benar-benar kecewa. Cintanya dikhianati, malah dia tertipu dengan suaminya sendiri. Ilan Rafzal dan Isa Rafael? Tiada beza. Kedua-duanya melukakan hatinya

Customer Reviews

Based on 2 reviews
50%
(1)
50%
(1)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
N
Noora
Bukan Hanya Sekadar Cinta.

Sebuah novel cinta yang ringkas, gaya bahasa yang mudah dibaca dan difahami.Cinta yang dikhianati oleh suaminya. Dapatkah Kamelia mengatasinya? Dapatkan buku ini untuk mengetahui selanjutnya.

S
SITI RADHIAH
Bukan Hanya Sekadar Cinta

Sebuah novel cinta yang ringan. Sesuai untuk dijadikan bahan bacaan pada waktu lapang. Plot yang tersusun rapi, jalan cerita yang tak meleret-leret dan gaya bahasa yang mudah membuatkan pembaca tetap fokus dan memahami keseluruhan isi cerita.