Bukan Lelaki Terindah

ISBN: 9789672137443
Checking local availability
RM22.00
Product Details

Publisher,Idea Kreatif
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

BELUM sempat tubuh Izdiyad bolos ke pintu utama, Puan Rinie sauk lengan anaknya erat. Langkah kaki si anak termati di tengah-tengah muka pintu namun tiada tanda-tanda si anak akan menoleh, memandangnya. Sudah lama dia tak melihat radang si anak. Ternyata malam ini apa yang berlaku dalam rumahnya telah mengundang reaksi yang dia sudah jangka dari awal.

“Iz, dengar dulu apa yang dia nak cakap. Larikan diri tak akan menyelesaikan masalah,” pujuk Puan Rinie lembut.

“Buat pengetahuan mama, masalah antara kami dah lama selesai jadi pertemuan ni tak diperlukan sama sekali,” balas Izdiyad tegas.

“Okey...okey...mama silap. Maksud mama bukan macam tu. Dia datang dengan niat baik.” Sejurus mendengar ayat terakhir mamanya, spontan tubuh Izdiyad berpusing menghadap mama yang masih erat memegang lengannya. Air muka wanita kesayangannya itu masih tenang. Tidak sepertinya.

Customer Reviews

Based on 1 review
0%
(0)
100%
(1)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
s
sitinurkhadijahjaafar
Bukan Lelaki Terindah

Sebuah novel yang santai dan tanpa konflik yang berat sesuai buat mereka yang inginkan bahan bacaan yang ringan. Perkembangan watak yang baik di antara watak watak utama pelbagai emosi Dan rasa dimasukkan dalam novel ini.