Bukan pekak tapi tak dengar
Publisher, IDEAL SOLUTION TECHNOLOGY
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages, 133
Apakah yang dimaksudkan dengan mendengar dan tidak mendengar? Umumnya mendengar adalah satu proses semula jadi, kita dengar semua bunyi yang berlaku di sekitar kita. Mendengar adalah proses kognitif yang memerlukan perhatian, tumpuan, dan usaha untuk memastikan ianya jelas. Manakala, tidak mendengar ialah kita boleh mendengar tapi memilih untuk tidak menumpukan perhatian atau tidak berminat kepada perbincangan atau soalan yang diutarakan. Ini boleh menyebabkan kita untuk membuat kerja dua kali, salah faham, memendam perasaan, kekeliruan, kehilangan maklumat penting, menyebabkan rasa malu, kecewa, gangguan emosi dan pertelingkahan di antara individu. Bahkan boleh menyebabkan kehilangan peluang untuk memperbaiki tahap keprofesionalan dan perhubungan personal dengan orang lain.
Menurut penulis buku ini adalah hasil daripada pengalaman beliau, pengamatannya dan pembacaan beberapa bahan bacaan. Buku ini juga sesuai dibaca oleh pengurus, ketua jabatan, kaunselor serta semua lapisan masyarakat agar dapat memahami dan mengatasi masalah perbualan serta perhubungan seharian. Hal ini disebabkan, penulis menyatakan bahawa kebanyakan permasalahan kehidupan berpunca kepada kurang kemahiran mendengar sehingga mewujudkan konflik, keretakan hubungan, dendam, marah, salah faham, dan fitnah.
Terdapat tujuh bab di dalam buku ini yang telah disusun dan disesuaikan untuk kemudahan pemahaman para pembaca. Membaca buku ini akan membawa pembaca seolah-olah membaca novel atau cerpen kerana ia bersangkut paut antara satu sama lain. Ia juga meneroka permasalahan yang menghalang kita mendengar dan bagaimana untuk mendengar secara efektif. Semoga buku ini memberikan manfaat kepada para pembaca kerana buku ini sesuai untuk bacaan umum khususnya memberi panduan bagaimana menjadi seorang pendengar yang baik.
Buku ini merupakan salah satu koleksi Perpustakaan Cawangan Sipitang, anda bolehlah berhubung dengan kakitangan bertugas untuk pinjaman atau hubungi kami di talian 087-821003. Walau bagaimanapun, buku ini akan mengambil masa untuk dihantar di luar kawasan Perpustakaan Cawangan Sipitang atau Kota kinabalu. Sila berkunjung ke Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat atau melayari laman sesawang www.ssl.sabah.gov.my atau hubungi talian 088-231623, 214828, 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku ini.