Bukan Pelik, Cuma Introvert

ISBN: 9786299470946
Checking local availability
RM35.00
Product Details

Publisher,IMAN Publication
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

“Sejak kecil, saya menjalani kehidupan dengan perasaan seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena dengan diri sendiri. Saya seperti tidak cukup sempurna atau faulty—hanya kerana saya tidak sama seperti kebanyakan orang lain”

Seorang introvert sering dikatakan tidak pandai membawa diri di kalangan orang ramai. 

“Jangan pemalu sangat.”

“Cuba beranikan diri untuk kehadapan…”

“Senyap je. Berangan ke tu?”

Untuk tidak dilihat pelik atau rasa seperti terasing, mungkin seorang introvert itu memaksa diri untuk mengikut rentak persekitaran sehingga hampir kehilangan warna unik personalitinya sendiri.

Naskhah esei sulung daripada Auni Zainal ini merupakan sebuah himpunan kontemplasi dan renungan perasaan, yang membawa anda menyelami keriuhan luar biasa dalam fikiran seorang introvert yang selama ini cuba menyesuaikan diri dengan standard dunia.

Antara kandungan yang menarik termasuklah:

  • Topeng-topeng yang Meletihkan
  • Melihat Manusia Tanpa Menyakiti Diri
  • Berdiri dalam Keriuhan
  • Mekar Mengikut Musim Sendiri

Moga dengan hadirnya naskhah ini, kita lebih menghargai serta memaknai keunikan setiap individu yang ada di sekitar kita, introvert mahupun ekstrovert.