Bukan Sekadar Sandaran
Publisher,Dear Novels
Publication Date,
Format, Paperback
Weight,
No. of Pages, 520
Kapsyen:
Yakinkan
hatimu, akulah takdir terindah yang kau nantikan.
Blurb:
Caden Hud jatuh cinta
pandang pertama. Terus dijejaki Dian, si mural
painter. Semua tentang Dian dirasakan
terlalu indah. Angin bahagia bertebangan di angkasa setiap kali bersama gadis
itu.
“Saya
book awak!” - Hud
“Untuk
apa?” - Dian
“Jadi
isteri saya.” - Hud
Hud rasa macam nak
hentak kepala ke bumbung kereta dek kegelojohannya. Hentak dua tiga kali. Biar
hilang terus ingatan.
Dian terima lamaran yang
dihulur. Sayangnya, rekod tempoh percintaan mereka singkat. Hanya tujuh hari
sebelum Hud kembali single but not
available. Hatinya tertutup setelah dua kali dikecewakan.
Apabila orang tua masuk
campur, segalanya berubah dalam sekelip mata.
“Dian
mengaku suka kamu. Pihak perempuan dah bagi green light. Sekarang ni tunggu
jawapan pihak lelaki aje.” -
Ainun
Selang dua bulan
kemudian mereka memegang gelaran husband
and wife. Sesuatu yang tidak pernah terjangkau oleh fikiran. Nak dilabel
kahwin paksa, tidak,
kerana mereka saling menyayangi. Mahu dikata rela, Hud berulang kali membantah.
Separuh hati nak, separuh lagi menentang.
“Apa
lagi yang abang patut fikir kalau Dian pernah mengaku tak ada siapa boleh ambil
tempat Raef. Dian pernah tolak cinta abang sebab Raef.” - Hud
“Dia
bekas kekasih abang,
kan? Dan,
sekarang ni dia sibuk nak dekatkan diri dia dengan abang dan mak.” - Dian
Mereka cuba melakar
kebahagiaan,
tetapi tidak semudah yang disangka. Sukar mengepung rasa cemburu apabila mereka
terpalit dengan skandal exes
masing-masing.