Bukan Suami Sementara
Publisher,Fajar Pakeer
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 700 g
No. of Pages,
Nur Anilsa Najwa - Hidupnya begitu bahagia. Apatah lagi dengan kehadiran Fiqri yang sikit masa lagi akan menjadi suaminya yang sah. Tapi, ujian Allah tak siapa dapat menjangka. Pada hari yang sepatutnya membuatkan dia bahagia, hatinya ranap dengan halangan si ibu. “Fiqri tak boleh kahwin dengan Nisa.” Fiqri Izham - Kalau ikutkan hati, kenyataan itu takkan dipandang langsung. Tapi, kenyataan itu bukannya fantasi. Dia berada di dunia realiti. Akhirnya, dia membuat keputusan untuk telan segalanya. Demi kebahagiaan sebuah keluarga, dia perlu teguhkan hati. “Kita lari.” Kerana rasa cinta, Anilsa sanggup menuntut janji. Tanpa memikirkan hati yang lain akan kecewa, dia tetap dengan keputusannya. Namun, Allah punya rancangan yang jauh lebih baik. Kematian Encik Mustafa membuatkan Anilsa sedar, baik keluarga atau Fiqri, dia tak punya pilihan. Lalu dia pergi meninggalkan segalanya. Tanpa dia sedar, dia takut untuk jatuh cinta.
Perkahwinan Fiqri memaksanya untuk pulang. Apabila hati mula menerima, kenapa Wati yang menjadi isteri lelaki itu? Dendam lama antara dia dengan Wati membuatkan dia nekad. Untuk menyakitkan hati wanita itu, dia perlu berpura-pura menggoda Fiqri. Tapi, akhirnya dia pula yang tersepit.
Ryan Asyraf - Aku tak tahu ini jodoh atau apa. Ini kali ketiga kita jumpa. Kalau kau tak kisah… kita kahwin!
Kehadiran Ryan dianggap tuah buat Anilsa. Lalu, dia menjadikan lelaki itu sebagai suami sementara. Sering kali Ryan mengatakan cinta, sering kali dia berlalu pergi. Baginya, Ryan mengahwininya hanya kerana kemahuan keluarga mereka. Tapi, Ryan Asyraf yang terlalu memahami sering membuatkan hati lari dari tangkainya. Lalu, dia rela untuk menjadikan lelaki itu sebagai bukan suami sementara. Tapi, bila hati dah kata suka, kenapa masih ada halangannya apabila rahsia mereka menjadi taruhan dan cemburu pula mula menular. Anilsa buntu. Apakah cinta tak mungkin menjadi miliknya?