Bukan Tak Suka

ISBN: 9789670567907
Checking local availability
RM23.00
Product Details

Publisher,Penulisan2u
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Eleh, konon tak suka tapi sibuk juga nak ambil tahu!

ELFIRA, si gadis santai dan selalu ceria. Namun, moodnya jadi tak menentu tatkala terpaksa berpasangan dengan DANISH, si student repeater, untuk assignment kali ini. Bermacam-macam yang buruk dia dengar tentang lelaki itu. Tak datang kelas, pendiam dan sebagainya. Memang tak ngamlah dengan dia.

“Berilah nombor telefon, mak tiri.” - Danish
“Eee, suka-suka hati aje panggil orang mak tiri. Sejak bila pula saya kahwin dengan ayah awak?” - Elfira

Lantaran sikap Elfira yang gemar marah-marah dan garang, Danish sering memanggilnya dengan panggilan ‘mak tiri'. Pada mulanya Elfira tidak menyukai panggilan itu tetapi lama-kelamaan dia mula merasakan itu satu panggilan manja buatnya. Sikap Danish yang sentiasa tenang membuatkan dia mula berasa selesa apabila bersama dengan lelaki itu.

Saat hati mula berbunga-bunga cinta, Elfira mengambil keputusan untuk menjauhi Danish kerana dia yakin Danish sudah berpunya. Elfira sanggup menukar partner tugasannya dengan ANZALNA, sahabat baiknya, semata-mata untuk melupakan perasaannya itu.

Anzalna, si gadis cantik persis Neelofa yang menjadi pujaan ramai lelaki sehinggakan dia tidak suka ada orang yang lebih daripada dia terutamanya Elfira. Sungguh dia dengki dengan segala yang berkaitan dengan Elfira termasuklah Danish. Anzalna sanggup lakukan apa sahaja asalkan Danish menjadi miliknya. Anzalna juga tegar menyatakan kepada Danish bahawa Elfira sudah bertunang walaupun perkara itu tidak pernah berlaku.

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)