Bulan Henti Bicara (Edisi Drama)

ISBN: 9786297944067
Checking local availability
RM45.00
Product Details

Publisher,Ha Novels Publication
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 520 g
No. of Pages, 427

Find this product in our store.
Shelf: MUTIARA MINDA / NOVEL / CINTA

Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.

Kata bapak, kalau nak hidup bahagia, cari suami yang beragama dan kukuh poketnya. Bapak tak mahu dia hidup susah dan mewarisi kemiskinan keluarga. Cinta itu akan pergi bila perut mula berbunyi.

Afghan… Lelaki pertama yang hadir dalam hati. Tapi terpaksa dilepaskan pergi meskipun mereka pernah berjanji. 

“Jika nyawa jadi taruhan, maka nyawa jugalah yang akan abang serahkan demi Zulfa.” – AFGHAN

Dia mungkiri cinta demi bahagia yang dikata. Namun, perasaan untuk lelaki itu tak pernah ada. Kata lelaki itu, dia perempuan pendosa, dia perempuan yang jauh dari gapaian syurga. 

“Tanpa reda aku, syurga pun tak akan terima perempuan pendosa macam kau.” – JAMALI

Nazif yang muncul tanpa dijangka, menambahkan lagi beban perasaan yang sedia ada. Zulfa tahu yang Nazif berhak marah, tapi sumpah, bukan dia yang bersalah!

“Dia tu berlagak aje macam perempuan baik-baik, suci daripada noda, tapi sebenarnya…” –NAZIF

Dia ingin berikan cinta, tapi benci yang ada semakin membukit. Harusnya bagaimana mahu dirungkaikan rasa hati dan kaki yang telah dirantai mati? 

Jika diikutkan hati, mahu sahaja dia lari. Tapi bila teringatkan bapak, jiwa yang duka dipendamnya sendiri. 

“Abang sangka yang Zulfa bahagia selepas kahwin dengan dia. Abang tak sangka. Kalaulah abang tahu…” - AFGHAN

“Kalau abang tahu kenapa? Nak ajak Zulfa lari?” – ZULFA

Dia tak mampu bercerita dan dia tak mahu berkisah pada sesiapa. Hanya pada bulan dia berkongsi bicara.