![Bunga Tulip Untuk Kamu - MPHOnline.com](http://mphonline.com/cdn/shop/files/9786297665160_1.jpg?v=1717644230&width=480)
Bunga Tulip Untuk Kamu
Publisher,IMAN Publication
Publication Date,
Format, Paperback
Weight,
No. of Pages, 462
Tajuk:
Bunga Tulip Untuk Kamu
BLURB
“Tak payahlah larikan diri
daripada saya. Jenuh saya nak kejar.”
“Siapa suruh awak kejar?”
“Hati saya yang suruh.”
*
Di Flora Florist, dunia Adlea dipenuhi dengan bunga yang berwarna-warni.
Namun di sebalik keceriaan itu, kehidupannya hitam dan kelam.
Dari kecil, Adlea percaya bahawa dialah punca kepada segala perkara
buruk yang terjadi kepada orang di sekeliling. “Kau pembawa malang!” sentiasa
terngiang-ngiang dalam kepala.
“Aku tak akan buat apa-apa yang membahagiakan aku, termasuklah melukis.” Walaupun
Adlea amat menyukainya.
Hanya kerana sekeping lukisan yang diconteng saja-saja, Adlea didekati
oleh Iyaad, abang kepada bos Adlea, dengan alasan — mahu membeli lukisan Adlea.
Adlea tidak mahu kerana dia tahu jika dia bahagia, malang pasti akan tiba.
“Lea, cukuplah salahkan diri awak atas apa yang berlaku. Cukuplah
salahkan diri awak atas takdir yang Tuhan dah tetapkan.”
Pada saat Adlea hampir mengubah hidupnya, dia menerima suatu berita yang
menghancurkan jiwa. Mampukah Adlea bangkit untuk mewarnakan semula hatinya —
lalu mencari kekuatan untuk kembali menyayangi?