Cahaya Tauhid di Langit Urfa
Publisher,Ilham Books
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 500 g
No. of Pages,
Travelog ini adalah hasil renungan penulis terhadap bumi Şanlıurfa atau lebih dikenali sebagai Urfa, sebuah kota lama penuh dengan peristiwa bersejarah yang terletak di selatan Turki. Kota ini digelar oleh penduduk tempatan sebagai Peygamberler Sehrine iaitu Kota Para Nabi. Beberapa orang Nabi pernah menetap atau lahir di kota selatan Turki ini, antaranya ialah Nabi Ibrahim, Nabi Ayub, Nabi Musa, Nabi Syuaib, Nabi Ilyasa’ dan beberapa orang Nabi yang lain. Renungan penulis di dalam travelog ini dengan memberikan tumpuan kepada kisah Nabi Ibrahim. Kesan peninggalan sejarah berkaitan Nabi Ibrahim paling jelas kelihatan di Urfa. Di sinilah dikatakan tempat kelahiran Nabi Ibrahim dan tempat baginda membesar. Marhalah awal dakwah Nabi Ibrahim, iaitu marhalah Tauhid berlaku di sini, di mana di sini baginda menyeru bapanya dan kaumnya agar beriman kepada Allah SWT. Di sini juga baginda berhadapan dengan pemerintah pada zamannya. Penghukuman bakar terhadap Nabi Ibrahim juga dikatakan berlaku di sini dengan dicampak ke dalam api yang marak menyala dari atas Bukit Urfa. Menjejak Nabi Ibrahim tentunya lebih bermakna sekiranya dapat menjejak Namrud, iaitu nama seorang penguasa besar yang angkuh, sombong lagi zalim yang hidup pada zaman Nabi Ibrahim. Semua perkara ini disentuh secara terperinci dalam penulisan ini. Terdapat banyak pengajaran dan motivasi yang boleh diperoleh oleh pembaca melalui travelog ini.