Captain Arash's Only Love

ISBN: 9786297885063
Checking local availability
RM45.00
Product Details

Publisher,
Publication Date,
Format,
Weight,
No. of Pages,

Pada saat seorang kapten juruterbang ditimpa insiden hitam yang telah menyatukannya dengan wanita cantik bermata kelabu, semua rancangan perkahwinan dengan si cik tunang menuju kehancuran.

"Sara, jangan macam ni please. We are getting married. Tolonglah percayakan I, Sara. I tak buat apa-apa dengan dia. You pun tahu dia anak perampas. Memang perangai pun ikut mama dia, perempuan jalang!" —ARASH MIKHAEL AL-QAWIYSH

"Astaghfirullah al-Azim, sampai hati you cakap macam tu, Arash." —DELYN FAWARA

Kebencian Arash terhadap sepupu angkatnya itu akibat kisah silam keluarga mereka, tidak mampu dibendung lagi. Hina sungguh Delyn di matanya. 

"Kenapa you tak boleh cinta dan sayangkan I macam mana you cinta dan sayangkan Sara?" —DELYN FAWARA

"Kau dengar sini baik-baik. Dalam mimpi pun belum tentu aku nak cintakan kau, apatah lagi realiti. Kau dengan Sara macam langit dengan bumi. Lagipun cinta aku hanya untuk Sara. Bukan untuk perempuan macam kau." —ARASH MIKHAEL AL-QAWIYSH

Delyn perlu menahan peritnya hidup dibenci walaupun sejak dulu dia sudah menaruh hati pada Arash. Apakan daya, percaturan Tuhan itu sentiasa ada hikmah-Nya, Arash sedar bahawa memiliki Delyn sebagai isteri tidaklah seteruk yang difikirkan selama ini. Hari demi hari, Arash belajar untuk mencintai isterinya. Cinta mereka berputik, kasih perlahan bersemi, hingga ke kota Rom, kota yang menjadi saksi penyatuan dua jiwa.

Namun begitu, ujian untuk mereka sepertinya tidak pernah berakhir. Saat kapal cinta yang diterbangkan hampir mendarat di puncak kebahagiaan, mereka diuji dengan salah faham yang merobohkan sebuah kepercayaan. Saat kebenaran terbongkar, hati Delyn telah tawar. Tiada lagi rasa cinta yang tersisa untuk si suami. Puas Arash merayu namun hasilnya tetap sama. Delyn sudah bencikan dia.

Akankah hubungan mereka terus terbang dibawa arus cinta?

Atau mungkinkah akan mendarat tanpa landasan pada akhirnya?