Catatan Tadabbur Quran@114 (Jilid 2)
Publisher,Galeri Ilmu Sdn Bhd
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 0.42 kg
No. of Pages, 280
Quran@114 merupakan program yang disiarkan setiap hari di TV AlHijrah. Ia memberi fokus kepada ilmu 3T iaitu Tadabbur, Tajwid, dan Taranum.
Quran@114 membawa masyarakat untuk mentadabbur Al-Quran dengan lebih mudah dan memahami intipati kitab suci itu agar dapat meningkatkan penghayatan serta khusyuk dalam beribadah. Selain itu, pemahaman terhadap Al-Quran juga akan memberi kesan dan perubahan positif dalam kehidupan seseorang.
Oleh itu, naskhah Catatan Tadabbur Quran@114 ini diterbitkan bagi memudahkan masyarakat pencinta Al-Quran untuk menelaah dan memahami kandungan-kandungan penting yang disiarkan dalam program Quran@114. Seterusnya mampu mengamalkan serta bersahabat dengan Al-Quran hingga ke akhir hayat.
Naskhah Catatan Tadabbur Quran@114 (Jilid 2) memuatkan perkongsian tadabbur surah Al-Baqarah bermula ayat 168 sehingga ayat terakhir, 286. Antara perbahasan menarik dalam buku ini ialah:
- Perbahasan tentang hukum-hakam ibadah puasa dan haji.
- Penjelasan tentang hal ehwal kekeluargaan, seperti nafkah, nikah, talak, 'iddah, rujuk dan ila'.
- Kisah Nabi Samwil a.s dan peperangan Thalut melawan Jalut.
- Perbahasan tentang fadilat dan galakan bersedekah, serta ancaman dan keburukan riba.